Mr. Muscle® Mold & Mildew Cleaner

Mr. Muscle® Mold & Mildew adalah khusus untuk membersihkan kulat & kulapuk dengan mudah. Kesan kotoran berlendir pada jubin dan permukaan lembap yang lain sukar untuk dibersihkan dengan produk pembersihan biasa. Formula Mr. Muscle® yang bertindak pantas akan menyerang kulat & kulapuk pada akarnya dengan serta merta untuk membunuhnya dan membersihkan pembentukan kesan kotoran dengan mudah. Juga membunuh 99.9% kuman!
  • Tidak perlu menggosok. Hanya sembur secara terus pada permukaan.
  • Membersihkan kesan kotoran air, kesan sabun kering & kotoran dengan mudah.
  • Membersihkan dan menghilangkan bau.
  • Gunakan pada jubin berlapis atau jubin varnis di sekeliling rumah: bilik mandi, dapur, dinding, dan lantai.
  • Juga sesuai digunakan pada tab mandi, tikar getah/vinil, pintu bilik pancuran, baldi, singki, keluli tahan karat & permukaan berlapis yang lain.
  • 500ml Mr. Muscle® Mold & Mildew Cleaner
  • isian semula 500ml Mr. Muscle® Mold & Mildew Cleaner

ARAHAN:

ARAHAN:

Tekan picu penyembur dari botol. Pusingkan muncung dari «STOP» kepada kedudukan «SPRAY». Untuk digunakan di atas permukaan mendatar, pusing muncung kepada kedudukan semburan kabus. Untuk hasil yang lebih baik pada permukaan menegak, tutup penutup di hadapan muncung dan gunakan dalam kedudukan semburan berbuih. Untuk kuasa tambahan pada kesan kotoran degil, biarkan selama 30 saat sebelum mengelap atau ulang jika diperlukan. Jangan gunakan dengan mana-mana ejen pembersihan lain.

Langkah berjaga-jaga dan Keselamatan

PERENGSA MATA. Elakkan daripada terkena dengan kulit, mata dan pakaian. Jangan campurkan dengan asid atau produk rumah lain. Boleh membebaskan gas berbahaya (klorin). Mengandungi sodium hypochlorite (peluntur), pengoksida yang kuat.
PERTOLONGAN CEMAS - BERIKAN SERTA-MERTA: MATA: Cuci mata dengan air yang banyak. Tanggalkan sebarang kanta lekap dan teruskan membilas mata dengan air selama 15 minit. KULIT: Tanggalkan dan basuh pakaian yang tercemar sebelum digunakan semula. Bilas kulit serta-merta dengan air yang banyak selama 15-20 minit. Jika kerengsaan berlarutan, dapatkan rawatan perubatan dengan segera. JIKA TERTELAN: Bilas mulut. Jangan paksa untuk memuntahkan, dapatkan rawatan perubatan. JAUHKAN DARI KANAK-KANAK DAN HAIWAN PELIHARAAN. Tidak sesuai untuk digunakan dalam tangki septik.