Mr. Muscle® In-Tank Cistern Block

Mr. Muscle® In Tank Block sangat mudah untuk digunakan dan mengekalkan kesegaran dan kebersihan tandas anda selama berminggu-minggu supaya anda boleh menjimatkan masa membersih dan menikmati kehidupan.

  • Selepas mengepam tandas, bahan aktif pembersih akan dilepaskan bersama air biru
  • Mengandungi ramuan pembasmi kuman dan memastikan tandas bersih tanpa kuman selepas digunakan
  • Filem unik yang boleh larut dalam air melindungi tangan anda dari pewarna semasa mengendalikannya
  • Teknologi pelepasan lambat membolehkan produk ini bertahan sehingga 300 pam pada suhu normal (25°C)
  • 2 pek 40g mrmuscle cistem block
  • 6 pek 40g mrmuscle cistem block

Arahan

ARAHAN PENGGUNAAN:

  1. Tanggalkan gelembung plastik dari kadbod dan keluarkan bloknya.
  2. Letakkannya ke tangki air tanpa menanggalkan filem*. Untuk memanjangkan tempoh penggunaan, letakkan di bawah bola terapung, yang jauh dari saliran keluar air.
  3. Filem tersebut akan terlarut dalam air selepas beberapa lama, tunggu sekurang-kurangnya 10 minit untuk pengepaman pertama.
  4. Apabila warna biru semakin pudar, letakkan blok baru ke dalam tangki.
*Filem yang boleh larut dalam air tidak perlu ditanggalkan, ia akan larut secara automatik dalam air.

Langkah berjaga-jaga dan Keselamatan

AMARAN:

  • BERBAHAYA JIKA DITELAN. Jangan telan.
  • PERENGSA MATA. Elakkan dari terkena mata.
  • Mungkin menyebabkan kerengsaan jika terbiar lama pada kulit. Lindungi mata dan kulit semasa digunakan.
  • Basuh tangan selepas menggunakan.
  • Simpan di tempat yang kering dan dingin. Elakkan daripada terdedah kepada cahaya matahari atau suhu melebihi 50°C.
  • Suhu dan keliatan air akan mempengaruhi prestasi produk.

RAWATAN PERTOLONGAN CEMAS:

JIKA TERKENA MATA: Jika terkena pada mata, bilas serta-merta dengan air yang banyak selama 15 hingga 20 minit. Dapatkan rawatan perubatan jika terdapat kerengsaan yang berterusan. Jika TERTELAN: Minum 1 atau 2 gelas air. JANGAN paksa untuk memuntahkan kecuali atas arahan kakitangan perubatan. Kumur sepenuhnya. Jangan berikan apa-apa melalui mulut kepada orang yang tidak sedarkan diri. Dapatkan rawatan perubatan. KULIT: Sekiranya anda mengesyaki tindak balas terhadap produk ini, hentikan penggunaan. Basuh kulit yang telah dirawat dengan sabun dan air. Hubungi doktor untuk nasihat rawatan.